Saturday, February 12, 2011

AfTeR a FeW weEks


selepas beberapa minggu...

terdetik dihati untuk publish post baru... biasala sudah lama sangat tak update blog ni...
banyak yang telah dipelajari beberapa minggu ni... rasanya tidak terlambat juga untuk saya ucapkan " Gong Xi Fa Chai" to my chinese friends (mun wei, ben ming & kiu fung).... i hope u all always happy..... okay, berbalik kepada pengajaran kp sains minggu ini adalah mengenai 'thinking skills'. thinking skills boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu "critical thinking" dan creative thinking... untuk lebih lanjut saya akan memberi maksud tersebut... sebelum itu, saya ingin mintak maaf kerana blog saya ni mengunakan bahasa rojak... ampun maaf dipinta~

Thinking skills : mental process that requires an individual to integrate knowledge, skills and attitudes. It is foundation for thoughtful learning. Thoughtful learning isachieved when students are activelyinvolved

Monday, January 24, 2011

jom belajar.......

cikgu : assalamualaikum dan salam sejahtera murid-murid sekalian,
hari ini cikgu nak mengajar ketumpatan..
sebelum itu, cikgu nak tanya.. kapal diperbuat daripada apa?????

murid: besi cikgu, polimer cikgu ( mcm2x la jwpn dr murid2x)



cikgu : kenapa kapal boleh terapung??????

murid : ?????????

cikgu : besi terapung @ tenggelam ?

murid : terapung cikgu, tak la... tenggelam la cikgu.. ( murid2x pun dah pening dgn jwpn masing2x)

(cikgu pon amik satu bikar yang telah diisi air dan satu paku )




cikgu : k murid-murid, nti murid2x tengok ye samada paku ini akan tenggelam ke tak bila cikgu masukkan paku ini dalam bikar..

(cikgu pun masukkan paku itu dalam bikar dan paku itu pun tenggelam..)

murid : tapi kan cikgu, kenapa kapal yang berat itu boleh terapung????


cikgu : sebab itu la, cikgu nak menguji kamu.. sama ada kamu dapat bezakan antara berat, isipadu dan ketumpatan...
ok, nti cikgu akan terangkan lebih lanjut...
kamu tau tak formula ketumpatan?????

murid : tak tahu cikgu????

cikgu : ini adalah formula ketumpatan (bawah)..







cikgu : apabila berat (mass) ditetapkan tetapi isipadu (volume) diubah, ketumpatan (density) akan berubah.. <>

katakan lah isipadu adalah tinggi, ketumpatan adalah rendah
manakala, kalau isipadu rendah ketumpatan adalah tinggi..

sebenarnya, 3 perkara ini mempengaruhi antara satu sama lain (xboleh dipisahkan, mcm belangkas kemana2 sj pergi mesti bersama..hehe <>)..


cikgu :seterusnya, mari kita jalankan satu eksperimen untuk bagi kamu semua lebih faham..

dalam eksperimen ini, murid dikehendaki menyediakan bahan-bahan seperti berikut:
1) 2 bikar + air
2) plasticin 1) mula-mula sekali, isikan air kedalam kedua-dua bikar sampai separuh dari bikar-bikar tersebut.
2) selepas itu, ambil plasticine dan jadikan dua doh yang mempunyai berat yang sama.
3) satu doh dibentuk sfera, dan satu lagi dibentuk seperti perahu.
4) masukkan dua bentuk plasticine tersebut dlm bikar yang berasingan td.
5) buat pemerhatian..

keputusan:
doh yang dibentuk menjadi perahu terapung, kalu dibandingkan dengan doh yg dibentuk sfera.
hal ini kerana, bentuk perahu mempunyai isipadu lebih tinggi daripada isipadu doh berbentuk sfera..jadi, isipadu yang tinggi mempunyai ketumpatan yg rendah,, jadi, ia akan terapung di dalam air..begitula sebaliknya..

mcm mana mrid2x..faham ke x ?????????

murid : faham cikguu.....

cikgu: cikgu harap, kamu betul2x faham.. kalau begitu, kita akan smbg pelajaran kita di lain hari pulak.. babai murid2x sekalian...... wassalam...

Sunday, January 16, 2011

kaedah dan teknik pengajaran



Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus peratus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.


Rujukan:http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

Pengenalan



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan keizinanNya, dapat juga saya 'create' satu blog besesuaian dengan kos saya ambil pada sem ini iaitu Kaedah Pengajaran Sains... Blog ini juga merupakan satu assignment yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Dr Rohaida. Dengan cara ini, saya dapat berkongsi ilmu pengetahuan yang saya perolehi didalam kelas dengan semua orang yang membaca blog ini... Ini juga merupakan satu keadah untuk meyampaikan ilmu kpd semua org... Apabila anda menjadi guru, anda mungkin akan terfikir-fikir, apakah kaedah yang sesuai agar dapat menyampaikan ilmu kpd pelajar-pelajar anda...Tambahan lagi, sekarang ini merupakan zaman IT.. Jadi murid dapat mengakses internet dimana saja mereka berada.. melainkan kalau anda mengajar di sekolah luar bandar, mungkin kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut tidak selengkap dengan sekolah di bandar.. Oleh itu, sebagai guru, anda harus la memikirkan kaedah yang lain serta sesuai dengan persekitaran pelajar anda..